SEPANG, 30 Okt (Bernama) — Wakaf tunai dikenal pasti sebagai antara kaedah utama yang boleh menyelesaikan isu kemiskinan di Malaysia, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, untuk memastikan penyertaan masyarakat awam, prasyarat penting adalah mendidik mereka mengenai kepentingan dan peranan berpotensi wakaf tunai dalam pembangunan sosio-ekonomi.

“Pendekatan penggunaan lain wakaf tunai ialah mewujudkan kerjasama antara institusi wakaf tunai dengan sektor pertanian menerusi penyaluran wakaf untuk membeli peralatan dan jentera pertanian yang akan memperkasakan petani miskin dan yang kurang bernasib baik,” katanya dalam ucapan perasmian Persidangan Meja Bulat Cendekiawan Syariah Antarabangsa (iSHAR) di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Shukry Mohd Salleh.

Selain peluang pekerjaan, Hamzah berkata, kerjasama itu turut akan memperluaskan akses golongan yang kurang bernasib baik kepada makanan berkualiti baik.

Disadur dari : www.bernama.com/bernama/v8/bm/bu/newsbusiness.php?id=1405630

By admin_dato

Yang Berbahagia Professor Dato’ Seri Dr. Alex Ong adalah seorang Ahli Koperat (Perniagaan) yang berjaya khususnya dalam bidang pelaburan. Beliau juga merupakan seorang pejuang budaya yang dikenali ramai dan seorang ahli perniagaan yang dihormati serta pernah dilantik memegang beberapa jawatan sebagai penasihat dalam Kerajaan Negeri di Malaysia. Dengan kepakaran yang ada pada beliau, maka beberapa Pemerintah Provinsi, Kabupaten dan Kota di Indonesia [1] telah melantik beliau sebagai Ketua Perwakilan bagi membantu dan menyokong tugas Kedutaan Besar Republik Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *