19 SEPT : MARA menggesa semua usahawan bumiputra untuk mengambil peluang dalam mengeksport produk ke peringkat global khususnya dalam industri halal.
Ini kerana menurut Pengerusinya, Datuk Dr Awang Adek Hussin, pasaran dunia dalam industri halal dijangka akan melebihi RM10 trillion dimana setakat ini Malaysia telah mengeksport sebanyak RM42 billion setahun.
Dalam hal ini jelas Awang lagi, Malaysia perlu ke hadapan memainkan peranan dalam industri halal dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan kepada usahawan untuk memasarkan produk mereka di peringkat yang lebih tinggi.
“Dalam usaha mengangkat usahawan bumiputra ke lebih tinggi daripada berniaga di Malaysia kita mahu lihat mereka ambil peluang di persaan dunia. Peluang begitu banyak masih dapat lagi diambil kesempatan oleh usahawan.kita tahu mereka ada produk dan kesungguhan tapi keperluan penjenamaan untuk pakej yang diterima di peringkat anrarabangsa, ini antara kelemahan yang perlu dibaiki.
“Kita seharusnya berada di depan dalam produk halal, kalau tinggalkan mereka sendiri barangkali sukar untuk tembusi pasaran global. Sebab tu ada usaha agensi berkaitan bantu apa jua cara dari segi latihan dan ilmu pemasaran,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Gate to Global di Kuala Lumpur, Selasa.
MARA dengan kerjasama Malaysian External Trafe Development Corporation (MATRADE) dan SME Corporation Malaysia (SME Corp) mengadakan program Gate To Global (GTG) bertujuan memberi fokus kepada pembangunan keupayaan usahawan melalui oengukuhan penjenamaan yang membawa produk tempatan ke pasaran global.
“Dari segi kewangan kita ada sediakan geran, RM20 juta dan ada soft loan sebanyak RM5 juta.ia masillh lagi tidak diambil sepenuhnya oleh usahawan, jadi kita harap dengan usaha yang lebih tersusun mereka dapat menembusi pasaran di peringkat antarabangs.
“Ini adalah peringkat permulaan, kita bukan lagi mahu jaguh kampung tapi jaguh di peringkat global,” ujarnya.
Disadur dari : https://www.bnbbc.my/usaha-laksana-gtg-malaysia-perlu-ke-depan-dalam-industri-halal/