16 OKT: UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak boleh terikut-ikut langkah diambil pakatan pembangkang yang kini berada pada landasan dan acuan yang salah.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata rakyat masa kini dilihat semakin cerdik dalam menapis segala tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan dengan mencari kebenaran sebelum mempercayainya.

Katanya, UMNO dan BN perlu terus fokus pada kerja dengan mendengar pandangan dan rintihan rakyat berhubung masalah harian mereka serta mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Apabila kerajaan berjaya meyakinkan rakyat bahawa segala rintihan dan luahan mereka diambil berat, rakyat pasti mengundi kita sebagai kerajaan,” katanya selepas program Bicara Minda dan Sesi Dialog Perjuangan For All, di Parlimen Setiu, malam tadi.

Yang turut hadir Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Profesor Madya Jabatan Perhubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Muhammad Fuad Othman sebagai ahli panel.

Beliau berkata demikian mengulas Perhimpunan Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi dianjurkan Pakatan Harapan yang disifatkan gagal apabila tidak mendapat sambutan walaupun diadakan di kubu kuat mereka.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, sambutan hambar diberikan kepada perhimpunan yang dianjurkan pembangkang itu adalah satu isyarat bahawa rakyat semakin cerdik dalam menilai perkembangan semasa politik negara.

“Bagaimana satu perhimpunan yang diadakan di kubu kuat mereka (Padang Timur, Petaling Jaya, Selangor) dengan menampilkan pimpinan kanan namun tidak mendapat sambutan pada sebelah petangnya.

“Ini menunjukkan rakyat sedang memberi isyarat bahawa mereka mahukan nasib mereka dibela dan bukannya dilaung-laungkan,” katanya.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, platform Bicara Minda dan Sesi Dialog Perjuangan For All yang sudah kali ke-13 diadakan itu adalah satu program terbaik untuk mendengar rintihan dan keluhan rakyat secara dekat.

“Kerajaan perlu mengambil berat tentang situasi semasa rakyat dengan mendengar masalah mereka, walaupun ia tidak dapat diselesaikan dengan kadar segera namun kerajaan perlu fokus untuk menyelesaikannya,” katanya.

Disadur dari : https://www.bnbbc.my/umno-bn-fokus-tangani-masalah-rakyat-bukan-seperti-pembangkang/

By admin_dato

Yang Berbahagia Professor Dato’ Seri Dr. Alex Ong adalah seorang Ahli Koperat (Perniagaan) yang berjaya khususnya dalam bidang pelaburan. Beliau juga merupakan seorang pejuang budaya yang dikenali ramai dan seorang ahli perniagaan yang dihormati serta pernah dilantik memegang beberapa jawatan sebagai penasihat dalam Kerajaan Negeri di Malaysia. Dengan kepakaran yang ada pada beliau, maka beberapa Pemerintah Provinsi, Kabupaten dan Kota di Indonesia [1] telah melantik beliau sebagai Ketua Perwakilan bagi membantu dan menyokong tugas Kedutaan Besar Republik Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *