Pelancaran program berkenaan itu disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, program fasa kedua itu bertujuan membantu masyarakat akar umbi yang menjadi amalan UMNO sejak sekian lama dan secara berterusan.

“Siri kedua ini memulakan pusingan pertama di Pahang yang mana selepas ini kita akan ke Bera, Pekan dan Temerloh sebelum pusingan seterusnya ke negeri-negeri lain.

“Hasrat kita program ini memberi manfaat besar kepada rakyat dan terus kepada golongan sasaran iaitu masyarakat akar umbi,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran program tersebut di pekarangan Pejabat UMNO Cameron Highlands dekat sini.

Disadur dari : www.utusan.com.my/berita/nasional/umno-bantu-rakyat-2-0-ke-cameron-highlands-1.529853