COX’S BAZAR (Bangladesh), 16 Okt (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini Isnin untuk program lawatan ke kem pelarian Rohingya.

Ahmad Zahid yang diiringi Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot tiba di Lapangan Terbang Cox’s Bazar pada pukul 9.10 pagi waktu tempatan (11.10 pagi waktu Malaysia).

Beliau dijadual melawat Kem Kutupalong, kira-kira 35 km dari sini diikuti lawatan ke tapak projek Mycorps, satu projek sukarelawan melibatkan belia Malaysia.

Lawatan di sini bagi menilai situasi pelarian etnik Rohingya dari wilayah Rakhine, Myanmar di kem-kem pelarian di Bangladesh.

Ia sekali gus mencerminkan kebimbangan dan keseriusan Malaysia berhubung isu pelarian Rohingya secara amnya.

Disadur dari : www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1400810

By admin_dato

Yang Berbahagia Professor Dato’ Seri Dr. Alex Ong adalah seorang Ahli Koperat (Perniagaan) yang berjaya khususnya dalam bidang pelaburan. Beliau juga merupakan seorang pejuang budaya yang dikenali ramai dan seorang ahli perniagaan yang dihormati serta pernah dilantik memegang beberapa jawatan sebagai penasihat dalam Kerajaan Negeri di Malaysia. Dengan kepakaran yang ada pada beliau, maka beberapa Pemerintah Provinsi, Kabupaten dan Kota di Indonesia [1] telah melantik beliau sebagai Ketua Perwakilan bagi membantu dan menyokong tugas Kedutaan Besar Republik Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *