22 SEPT: MCA mengecam tindakan penasihat DAP, Lim Kit Siang yang didakwa cuba memanipulasi keputusan kerajaan menolak penganjuran ‘Better Beer Festival 2017’ demi kelansungan karier politiknya di mata rakyat.

Pada masa yang sama, presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau tidak boleh menerima tuduhan dibuat oleh Ahli Parlimen Gelang Patah itu, kononnya alasan faktor keselamatan yang diberikan sebagai menipu.

“Saya hanya jalankan tugas selaku menteri dan Presiden bagi menjelaskan kepada rakyat alasan penolakan permohonan itu bersama faktanya.

“Sebaliknya saya ditohmah sebagai penipu menyebabkan masyarakat juga memandang serong niat baik kerajaan yang mengutamakan keselamatan,” katanya.

Ahli Parlimen Bentong itu berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen MCA Johor ke-40 di Bangunan Persatuan Che An Khor, Yong Peng, Johor, hari ini.

Berikutan itu, Tiong Lai menggesa Kit Siang menarik balik tuduhan berkenaan serta meminta maaf kepada rakyat.

“Jika beliau tak tarik balik kenyataan serta mohon maaf secara terbuka, ia hanya membuktikan beliau ahli politik tidak bertanggungjawab kerana hanya membuat kenyataan berniat jahat untuk manfaat politiknya,” kata Menteri Pengangkutan itu.

Semalam, Kit Siang menerusi catatan blognya menuduh Tiong Lai sebagai penipu selepas menjelaskan penolakan permohonan pesta arak di ibu negara dibuat kerajaan atas faktor keselamatan awam.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan berkata, larangan penganjuran pesta dijadualkan di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur pada Oktober depan itu dibuat kerana dikhuatiri menjadi sasaran pengganas.

Disadur dari : https://www.bnbbc.my/tiong-lai-tuntut-kit-siang-mohon-maaf/

By admin_dato

Yang Berbahagia Professor Dato’ Seri Dr. Alex Ong adalah seorang Ahli Koperat (Perniagaan) yang berjaya khususnya dalam bidang pelaburan. Beliau juga merupakan seorang pejuang budaya yang dikenali ramai dan seorang ahli perniagaan yang dihormati serta pernah dilantik memegang beberapa jawatan sebagai penasihat dalam Kerajaan Negeri di Malaysia. Dengan kepakaran yang ada pada beliau, maka beberapa Pemerintah Provinsi, Kabupaten dan Kota di Indonesia [1] telah melantik beliau sebagai Ketua Perwakilan bagi membantu dan menyokong tugas Kedutaan Besar Republik Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *