SEMPORNA, 7 Okt (Bernama) — Tiada perseteruan dalam kalangan anggota UMNO Bahagian Semporna, kata Pemangku Ketua UMNOnya Datuk Seri Nasir Tun Sakaran.

Katanya, ‘pergolakan’ yang nampak berlaku itu hanya sengaja dimainkan pihak tertentu.

“Tiada apa yang berlaku di UMNO Semporna ini, bergaduh kecil itu ibarat bergaduh dalam ikatan kekeluargaan seperti sesama adik-beradik. Tersalah faham itu perkara biasa dan kita sedaya upaya cuba perbaiki kekurangan serta kelemahan,” katanya.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallah berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis solat hajat perdana bagi calon Pentaksiran Tingkatan Tiga, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia di surau Sekolah Menengah Agama Tun Sakaran di sini, hari ini.

Beliau berkata perkembangan UMNO ketika ini adalah normal dan pelbagai perkara berbangkit di media sosial itu adalah lumrah.

“Fokus kita adalah bekerja mendekati rakyat, meneruskan kerja membantu rakyat menerusi program yang disediakan kerajaan,” katanya lagi.

Disadur dari : www.bernama.com/bernama/v8/bm/po/newspolitics.php?id=1398188

By admin_dato

Yang Berbahagia Professor Dato’ Seri Dr. Alex Ong adalah seorang Ahli Koperat (Perniagaan) yang berjaya khususnya dalam bidang pelaburan. Beliau juga merupakan seorang pejuang budaya yang dikenali ramai dan seorang ahli perniagaan yang dihormati serta pernah dilantik memegang beberapa jawatan sebagai penasihat dalam Kerajaan Negeri di Malaysia. Dengan kepakaran yang ada pada beliau, maka beberapa Pemerintah Provinsi, Kabupaten dan Kota di Indonesia [1] telah melantik beliau sebagai Ketua Perwakilan bagi membantu dan menyokong tugas Kedutaan Besar Republik Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *