18 SEPT: Tan Sri Muhammad Muhd Taib adalah ‘surat khabar lama’ yang pernah mengeheret Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam penjara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Sohaimi Shahadan mengingatkan perkara itu supaya pembangkang tidak memperlekeh bekas Naib Presiden UMNO yang kembali kepada kepada parti itu setelah menyedari perjuangan dalam PKR hanyalah sia-sia.

“Walaupun ada pemimpin pembangkang dengan nada sinis menyifatkan Muhammmad atau lebih dikenali sebagai Mat Taib sebagai ‘surat khabar lama’, namun bagi UMNO beliau umpama ‘buku lama’ dan bukannya ‘surat khabar lama’.

“Surat khabar lama” sebenarnya berada dalam Pakatan Harapan. Malah Menteri Besar Selangor hari ini cukup gah menjulangnya sehinggakan lupa yang ‘surat khabar lama’ itu pernah mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim ke pejara suatu masa dulu,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tegas Sohaimi lagi, kepulangan Muhammad yang juga mantan Menteri Besar Selangor diyakini mampu menjadi suntikan buat UMNO BN untuk merampas Selangor daripada pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

“Keputusan Mat Taib untuk meninggalkan pembangkang iaitu PKR membuktikan sejak sekian lama parti itu tidak mempunyai dasar perjuangan untuk agama, bangsa dan negara. Malah, ia membuktikan UMNO terus kekal utuh sebagai wadah perjuangan yang membela agama, bangsa dan negara.

“Mereka perlu ingat, ‘Buku lama’ walaupun kulitnya sudah lusuh namun, isinya masih lagi berguna, bermanfaat dan boleh dijadikan rujukan. Begitulah Mat Taib, walaupun sudah veteran, namun, ilmu dan pengalamannya yang cukup lama bersama parti ditagih bagi membantu UMNO khususnya merampas Selangor,” ujarnya.

Tambah Sohaimi, begitu juga tindakan pemimpin PPBM meninggalkan parti itu membuktikan kepada semua pihaj bahawa parti yang diasaskan daripada dendam dan matlamat peribadi tidak mempunyai perjuangan membela nasib rakyat.

Disadur dari : https://www.bnbbc.my/surat-khabar-lama-inilah-yang-pernah-heret-anwar-ke-penjara-mt/

By admin_dato

Yang Berbahagia Professor Dato’ Seri Dr. Alex Ong adalah seorang Ahli Koperat (Perniagaan) yang berjaya khususnya dalam bidang pelaburan. Beliau juga merupakan seorang pejuang budaya yang dikenali ramai dan seorang ahli perniagaan yang dihormati serta pernah dilantik memegang beberapa jawatan sebagai penasihat dalam Kerajaan Negeri di Malaysia. Dengan kepakaran yang ada pada beliau, maka beberapa Pemerintah Provinsi, Kabupaten dan Kota di Indonesia [1] telah melantik beliau sebagai Ketua Perwakilan bagi membantu dan menyokong tugas Kedutaan Besar Republik Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *