KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) — Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) telah memulakan siri jelajah bagi mendekati subkontraktor Malaysia di empat ibu negeri mulai 15 hingga 23 Otober 2017.
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dalam satu kenyataan hari ini berkata, siri jelajah itu akan membuka jalan kepada subkontraktor tempatan yang layak untuk melibatkan diri dalam pelbagai kerja awam bagi projek bernilai RM55 billon tersebut.
Subkontraktor tempatan yang berpengalaman dan memiliki Gred G3 hingga G7 Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan minimum dua bintang Penarafan Skor CIDB, digalak menyertai eksesais prakelayakan yang membantu mereka dalam potensi tender dalam pembinaan ECRL sepanjang 688 kilometer dari Pengkalan Kubor di Kelantan ke Pelabuhan Klang di Selangor.
Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Darwis Abdul Razak berkata, pembersihan tapak berskala penuh di beberapa kawasan sepanjang penjajaran ECRL akan bermula pada awal 2018.
Menurutnya, eksesais prakelayakan itu tepat pada masanya kerana MRLbergerak lancar dalam proses pengambilalihan tanah di negeri-negeri pantai timur dan juga telah memulakan pemeriksaan tanah di beberapa tapak yang besar sebelum kerja-kerja dimulakan…..
Disadur daripada : www.bernama.com/bernama/v8/bm/bu/newsbusiness.php?id=1400851