KUALA NERUS, 13 Mac (Bernama) — UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa melakukan pelbagai transformasi dan meremajakan parti tidak sekadar untuk terus mengekalkan kemenangan pada pilihan raya umum ke-14 akan datang, malah ia bertujuan terus kekal relevan sehingga lebih 1,000 tahun lagi.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata pemimpin sentiasa datang dan pergi dalam parti itu, namun UMNO dan BN sejak dulu lagi sentiasa fokus dan kekal dengan matlamatnya dalam membentuk Malaysia yang lebih maju untuk generasi akan datang.

“Walaupun UMNO adalah parti lama tapi kita boleh bertahan sebab sentiasa mentransformasikan dan meremajakan perjuangan kita selama ini untuk generasi akan datang…banyak lagi yang ingin kita lakukan (untuk rakyat).

“Apa yang UMNO dan BN laksanakan bukan sahaja untuk PRU semata-mata, tetapi kita sudah ada perancangan untuk 20, 30 dan 50 tahun akan datang…contohnya Felcra sendiri adalah antara idea UMNO untuk membantu transformasikan masyarakat di kawasan luar bandar dalam pertanian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sepetang Felcra Berhad bersama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman di sini hari ini…..

By admin_dato

Yang Berbahagia Professor Dato’ Seri Dr. Alex Ong adalah seorang Ahli Koperat (Perniagaan) yang berjaya khususnya dalam bidang pelaburan. Beliau juga merupakan seorang pejuang budaya yang dikenali ramai dan seorang ahli perniagaan yang dihormati serta pernah dilantik memegang beberapa jawatan sebagai penasihat dalam Kerajaan Negeri di Malaysia. Dengan kepakaran yang ada pada beliau, maka beberapa Pemerintah Provinsi, Kabupaten dan Kota di Indonesia [1] telah melantik beliau sebagai Ketua Perwakilan bagi membantu dan menyokong tugas Kedutaan Besar Republik Indonesia