Kenyataan Media
Profesor Dato’ Sri Dr. Alex Ong
Presiden Persatuan Usahawan Pelancongan Malaysia (PPKM)
13 November 2019
Kuala Lumpur, 13 November 2019: Profesor Dato’ Sri Dr. Alex Ong, Presiden Persatuan Usahawan Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (PPKM) menyokong penuh tindakan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah untuk menarik kehadiran pelancong dari India.
Profesor Dato’ Sri Dr. Alex Ong berkata, tindakan menarik kehadiran pelancong dari India ini mampu meningkatkan lagi ekonomi negara Malaysia. Sarawak mempunyai satu tempat yang dinamakan India Street yang berdekatan dengan Masjid India dan Kuching Waterfront. Tarikan pelancong dari India agak kurang di Sarawak berbanding pelancong dari Brunei Darussalam, Indonesia, Filipina, Singapura dan China.
Selain itu, Sarawak sendiri terkenal dengan makanan yang unik dan sedap seperti mee kolok, manuk pansuh, midin belacan, laksa sarawak, kek lapis, umai, dan macam-macam lagi. Tetapi yang uniknya ialah terdapat gerai-gerai non-Muslim yang mempunyai bahagian tertentu khusus untuk menjual makanan halal. Jadi, tiada masalah kalau rakan-rakan berbangsa Iban, Melayu, Cina, atau Melanau nak makan semeja. Masyarakat di Sarawak berbilang suku kaum, akan tetapi mereka tidak pernah mengujudkan jurang antara mereka.
Malahan, Sarawak bukan sahaja memiliki bangunan-bangunan bertaraf antarabangsa akan tetapi mereka masih mengamalkan sistem rumah panjang walaupun dibina secara moden.
Dengan adanya keunikan ini, mampu menarik minat pelancong India untuk datang ke Negeri Sarawak sekaligus mampu meningkatkan ekonomi Negeri Sarawak. Para pelancong bukan sahaja dapat melihat keindahan Negeri Sarawak akan tetapi para pelancong mampu mempelajari adat serta budaya suku kaum Negeri Sarawak.
Disediakan oleh
Nor Shafikah Binti Mohaidin
017-9991522
Pegawai Media kepada
Profesor Dato’ Sri Dr. Alex Ong
[embeddoc url=”https://datoalexong.com/wp-content/uploads/2019/11/Persatuan-Usahawan-Pelancongan-dan-Kebudayaan-Malaysia-PPKM.pdf” download=”all”]