Pengerusi E-dagang Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia  (PIKOM), Ganesh Kumar Bangah berkata, kini hanya 15 hingga 20 peratus PKS menggunakan platform itu, yang merupakan tahap yang agak rendah.

“Malaysia mempunyai kira-kira 700,000 PKS, dan kami berharap pada 2020, 50 peratus daripada mereka akan menggunakan platform tersedia, selaras dengan aspirasi kerajaan,” katanya kepada Bernama.

Pikom, yang merupakan penganjur #MYCYBERSALE 2017, berkata setiap perniagaan mesti melihat urusan secara dalam talian sebagai platform penting memandangkan pengguna kini telah beralih daripada membeli-belah secara konvensional kepada pembelian dalam talian.

“Bilangan mereka yang tidak percaya terhadap jualan secara dalam talian juga semakin berkurangan memandangkan pelbagai platform e-dagang yang kini semakin meningkat selain kaedah pembayaran yang terjamin.” katanya.

Sambil menggesa usahawan, terutama e-Usahawan, yang merupakan usahawan mikro merebut peluang ke atas #MYCYBERSALE, Ganesh berkata setakat ini lebih 1,000 pedagang telah mendaftar dengannya untuk menyertai Lazada, Mastercard, Commerce.Asia, iPay88, Fusionex, SF Express fand Exabytes.

#MYCYBERSALE 2017 yang merupakan inisiatif kerajaan di bawah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan dibiayai sebahagiannya oleh sektor swasta, bermatlamat  mendapatkan Nilai Perdagangan Kasar (GMV) sebanyak RM300 juta.

“Sejak penubuhannya pada 2014 , yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan, 40 peratus daripada #MYCYBERSALE 2017 tahun ini akan dibiayai sektor swasta. Ini selari dengan visi kami dalam menjadikan acara ini terus berdikari,” katanya.

‘Bertemakan ‘Memangkinkan Perusahaan Mikro dan Perdagangan Global’, #MYCYBERSALE akan berlangsung dari 9 hingga 13 Okt 2017, dengan pengguna diberikan tawaran hebat oleh peserta utama e-dagang  seperti Zalora, yang menawarkan diskaun 20 peratus kepada pembelinya.

Disadur dari : m.utusan.com.my/berita/nasional/pks-digesa-guna-platform-dalam-talian-1.534640