20 SEPT: Cadangan pindaan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri semalam mampu menambah baik sistem pendidikan negara, kata Kementerian Pendidikan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pihaknya menyokong penuh pindaan tersebut, namun memerlukan kerjasama daripada kerajaan persekutuan dan negeri terlebih dahulu untuk pelaksanaan serta penelitian.

“Kita menyokong hasrat untuk mengesyorkan beberapa cadangan yang membolehkan penambahbaikan diambil kepada sekolah tahfiz yang ada di dalam negara.

“Syor ini termasuklah meminda akta 550 dan untuk tujuan itu saya kira ada langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri,” katanya di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat, Kuala Lumpur, Rabu.

Terdahulu, Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) di bawah naungan Kementerian Pendidikan menyumbang sebanyak RM50,000 kepada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang disampaikan oleh beliau.

Mengulas lanjut mengenai pindaan itu, Mahdzir berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dipertanggungjawab untuk mengukuhkan kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri sebelum pindaan dilakukan.

Pada Selasa, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam Mesyuarat jawatankuasa peringkat tinggi (HLC) mengenai Pasukan Petugas Khas Sekolah-sekolah Tahfiz mengumumkan cadangan pindaan akta berkenaan yang bakal memasukkan sekolah agama rakyat, pondok dan pusat tahfiz sebagai sebahagian daripada dasar pendidikan negara.

Sementara itu, Mahdzir berkata nilai dalam diri masyarakat kini merupakan cabaran terbesar pihaknya untuk membentuk sahsiah pelajar pada hari ini.

“Saya tak memaksudkan nilai dalam diri mereka itu luntur tetapi terdapat gangguan elemen luar. Saya pun dulu tingkatan empat juga, tapi kami tak ada benda lain, hanya buku sekolah dan kawan,” katanya.

Disadur dari : https://www.bnbbc.my/pindaan-akta-pendidikan-1996-kukuh-dasar-pendidikan-negara/

By admin_dato

Yang Berbahagia Professor Dato’ Seri Dr. Alex Ong adalah seorang Ahli Koperat (Perniagaan) yang berjaya khususnya dalam bidang pelaburan. Beliau juga merupakan seorang pejuang budaya yang dikenali ramai dan seorang ahli perniagaan yang dihormati serta pernah dilantik memegang beberapa jawatan sebagai penasihat dalam Kerajaan Negeri di Malaysia. Dengan kepakaran yang ada pada beliau, maka beberapa Pemerintah Provinsi, Kabupaten dan Kota di Indonesia [1] telah melantik beliau sebagai Ketua Perwakilan bagi membantu dan menyokong tugas Kedutaan Besar Republik Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *