Sehubungan itu, beliau berkata langkah-langkah perlu terus dilaksanakan bagi mengatasi sebarang usaha oleh mana-mana negara, kumpulan atau ideologi yang mungkin menjejaskan Orde Dunia Islam itu, khususnya di Timur Tengah.
“Malah, ancaman yang kita hadapi di Asia Tenggara sangat berkait rapat dengan perkembangan di bahagian dunia ini, seperti yang berlaku di Bandar Marawi di Filipina.
“Sesungguhnya menangani penularan ekstremisme dari rantau ini penting dalam memastikan bukan sahaja keamanan dan kestabilan di rantau ini tetapi juga di peringkat global,” katanya ketika berucap mengenai langkah intervensi semasa mesyuarat menteri-menteri luar dan pegawai pertahanan daripada pasukan gabungan dipimpin Arab Saudi bagi menyokong legitimasi di Yaman.
Teks ucapannya diperoleh Bernama di sini…..