IPOH: Persatuan Penguatkuasa Agama Negeri Perak (PEKAP) menyokong ketegasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan penganjuran pesta arak ‘Better Beer Festival 2017’, bulan depan.

Biro Hubungan Luarnya menerusi kenyataan semalam, berkata ketegasan DBKL itu sangat dihargai dan PEKAP akan membantah jika penganjuran program menyentuh sensitiviti umat Islam itu diteruskan di mana-mana lokasi lain.

BH Online semalam melaporkan DBKL menolak permohonan penganjuran pesta arak itu yang dijadual diadakan di Solaris Damansara, pada 6 dan 7 Oktober ini.

“Penganjur harus ingat majoriti rakyat Malaysia beragama Islam dan desakan mereka yang masih berkeras mahu menganjurkan festival itu menggambarkan pihak terbabit langsung tidak peka terhadap bantahan serta sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.

“PEKAP sentiasa bersama-sama pihak yang bersungguh-sungguh mencegah perkara mungkar dan bercanggah dengan hukum syarak selain bertentangan dengan nilai murni masyarakat Malaysia,” katanya.

PEKAP juga meminta semua institusi penguatkuasaan syariah jabatan agama Islam negeri lain di seluruh negara bersiap-siaga selain sentiasa memantau aktiviti berkaitan arak atau minuman memabukkan, khususnya dalam kalangan umat Islam.

“Kita juga meminta masyarakat Islam lebih peka dalam hal ini, termasuk mengawasi anak dan ahli keluarga, sama ada di rumah atau mana-mana institusi pengajian supaya tidak terjerumus dalam gejala minum arak atau apa juga minuman memabukkan,” katanya.

Disadur dari : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/09/327585/pesta-arak-pekap-sokong-ketegasan-dbkl

By admin_dato

Yang Berbahagia Professor Dato’ Seri Dr. Alex Ong adalah seorang Ahli Koperat (Perniagaan) yang berjaya khususnya dalam bidang pelaburan. Beliau juga merupakan seorang pejuang budaya yang dikenali ramai dan seorang ahli perniagaan yang dihormati serta pernah dilantik memegang beberapa jawatan sebagai penasihat dalam Kerajaan Negeri di Malaysia. Dengan kepakaran yang ada pada beliau, maka beberapa Pemerintah Provinsi, Kabupaten dan Kota di Indonesia [1] telah melantik beliau sebagai Ketua Perwakilan bagi membantu dan menyokong tugas Kedutaan Besar Republik Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *