19 SEPT: Tindakan beberapa ahli politik pembangkang keluar parti membuktikan bahawa Pakatan Harapan tidak mampu menjadi penyelamat kepada rakyat jika memerintah negara, kata Bendahari UMNO, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia melihat pembangkang gagal menyatukan ahlinya untuk kekal bersama.

Katanya, pada dua hari lepas, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib yang sebelum ini bersama PKR kembali ke pangkuan UMNO.

Sebelum itu, bekas Penolong Setiausaha Srikandi, Hasnita Hishamudin, bekas pengasas, Kamarul Azman Habibur Rahman dan Ainina Saidin serta Naib Presidennya, Datuk Hamidah Osman turut bertindak keluar daripada PPBM..

“Alasan mereka kerana merasakan perjuangan pembangkang adalah sia-sia, bimbang melihat perpecahan orang Melayu dan parti berkenaan menjadi alat DAP.

“Bolehkah kita percaya kepada parti sebegini untuk memerintah negara kita?,” soal bekas Speaker DUN Sabah itu dalam blognya hari ini.

Selain itu, Salleh juga memetik pandangan pakar pemasaran politik dari New Zealand, Lees-Marshment dalam bukunya ‘The Political Marketing Game (2011)’ yang mendedahkan bahawa sesebuah parti mesti mempunyai strategi pemasaran politik yang baik untuk menang dalam pilihanraya umum.

“Jika dalam konteks Malaysia, apakah produk tersebut? Tentunya produk itu ialah imej parti, sumbangan parti dan perpaduan parti.

“Dalam hal ini, hanya UMNO dan BN mempunyai rekod ini,” katanya.

Disaru dari : https://www.bnbbc.my/perpaduan-bn-umno-kunci-menang-pru-salleh/

 

By admin_dato

Yang Berbahagia Professor Dato’ Seri Dr. Alex Ong adalah seorang Ahli Koperat (Perniagaan) yang berjaya khususnya dalam bidang pelaburan. Beliau juga merupakan seorang pejuang budaya yang dikenali ramai dan seorang ahli perniagaan yang dihormati serta pernah dilantik memegang beberapa jawatan sebagai penasihat dalam Kerajaan Negeri di Malaysia. Dengan kepakaran yang ada pada beliau, maka beberapa Pemerintah Provinsi, Kabupaten dan Kota di Indonesia [1] telah melantik beliau sebagai Ketua Perwakilan bagi membantu dan menyokong tugas Kedutaan Besar Republik Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *