KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menawarkan bantuan kepada semua pemilik kenderaan Perodua yang terjejas akibat banjir kilat di Pulau Pinang pada Ahad.

Bantuan tersebut termasuklah diskaun 20 peratus bagi alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma untuk menentukan kerosakan yang dialami kenderaan Perodua semasa banjir, kata pengeluar kereta nasional itu dalam satu kenyataan hari ini.

Syarikat itu berkata alat-alat ganti tersebut termasuklah semua barang elektronik, karpet, tempat duduk kenderaan, trim pintu dan gasket enjin.

Pengarah Urusan Jualan Perodua Sdn Bhd Datuk Dr Zahari Husin berkata perkhidmatan tokokan nilai itu akan membantu meringankan beban pelanggan Perodua yang terjejas akibat bencana tersebut.

“Oleh kerana beberapa pusat servis kami di Pulau Pinang terjejas akibat banjir, para pelanggan boleh merujuk kepada cawangan servis kami di Juru, Prai dan Kulim untuk bantuan.

“Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menyambung kembali operasi di kawasan yang terlibat secepat mungkin,” kata Zahari.

Pelanggan Perodua yang terjejas dengan banjir boleh membuat panggilan ke talian pelanggan bebas tol 1-800-88-5555 bagi bantuan penundaan. Mereka juga boleh menghubungi nombor tersebut untuk mengetahui status penghantaran kereta mereka.

Disadur dari : www.astroawani.com/berita-malaysia/perodua-tawar-bantuan-pemilik-kereta-terjejas-akibat-banjir-159925

By admin_dato

Yang Berbahagia Professor Dato’ Seri Dr. Alex Ong adalah seorang Ahli Koperat (Perniagaan) yang berjaya khususnya dalam bidang pelaburan. Beliau juga merupakan seorang pejuang budaya yang dikenali ramai dan seorang ahli perniagaan yang dihormati serta pernah dilantik memegang beberapa jawatan sebagai penasihat dalam Kerajaan Negeri di Malaysia. Dengan kepakaran yang ada pada beliau, maka beberapa Pemerintah Provinsi, Kabupaten dan Kota di Indonesia [1] telah melantik beliau sebagai Ketua Perwakilan bagi membantu dan menyokong tugas Kedutaan Besar Republik Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *