Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, ini kerana ada ketikanya soal politik perlu dielakkan terutama melibatkan hal ehwal rakyat.
“Kita tidak boleh hidup dalam suasana konfrontasi sahaja.
Kena fikirkan rakyat juga ada kalanya politik bukan menjadi kriteria yang perlu diutamakan tetapi pendekatan yang diambil oleh negeri-negeri pembangkang ini berbeza daripada apa yang diamalkan oleh Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan syarahan umum bertajuk Menelusuri TN50: Sinergi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di Auditorium INTAN di sini hari ini.
Disadur dari : www.utusan.com.my/berita/nasional/pendekatan-konfrontasi-perlu-dielakkan-1.530622