Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya memandang serius isu tersebut kerana ia bukan pertama kali berlaku.

“Saya akan arahkan Ketua Polis Kuala Lumpur untuk tubuhkan satu pasukan khas bagi melakukan siasatan mengenai perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penghargaan dan Meraikan Atlet Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 dan Kejohanan World Police & Fire Games (WPFG) Los Angeles 2017 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE