![]() |
Dr. Mohamed Mustafa Ishak
|
Mereka meramalkan Parlimen akan dibubarkan sebaik sahaja rang undang-undang persempadanan semula kawasan pilihan raya dibentang dan diluluskan di Dewan Rakyat
Penganalisis politik, Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, tidak perlu Parlimen dilanjutkan jika semua urusan dapat diselesaikan.
“Berkemungkinan semua urusan dapat diselesaikan pada akhir Mac ini sekali gus Parlimen dibubarkan.
“Segala-galanya boleh buat sebelum bulan Ramadan dan bulan puasa boleh beri perhatian kepada amal ibadat,” katanya kepada Utusan Online.
Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, seperti sedia maklum PRU-14 membabitkan persempadanan baharu kawasan pilihan raya dan jika diluluskan minggu depan mungkin Parlimen dibubarkan.
![]() |
Dr. Ahmad Atory Hussain
|
“Saya jangkakan PRU-14 akan berlangsung antara 1 hingga 4 Mei ini.
“Secara teori dan berdasarkan pengalaman sebelum ini, Barisan Nasional (BN) mungkin boleh menang. Bagaimanapun kali ini getir bagi semua pihak sama ada BN atau pun pihak pembangkang.
“Kedua-dua parti mengharapkan kemenangan,” katanya.
Prof. Hoo Ke Ping pula meramalkan Parlimen dibubarkan selapas 6 April.
“Memang sebelum puasa semua urusan boleh diselesaikan, namun untuk Parlimen dibubarkan perlu diberi sedikit masa.
“Persempadanan semula kawasan pilihan raya sangat penting bagi BN,” katanya.
![]() |
Prof. Hoo Ke Ping
|
Tambahnya, persempadanan semula kawasan pilihan raya pula akan membolehkan seseorang wakil rakyat berkhidmat dan menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan lebih efektif. – UTUSAN ONLINE