12 NOV: Hanya Gerakan yang lebih memahami Pulau Pinang, kata Presidennya, Datuk Seri Mah Siew Keong.
Menurutnya sepanjang partinya menerajui negeri itu selama 39 tahun, pentadbiran dilaksanakan dengan baik termasuk memastikan kelestarian alam sekitar terjaga.
Berucap pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-46 Gerakan hari ini, beliau berkata kepimpinan Lim Guan Eng dan DAP mengabaikan banyak aspek semat-mata rakus membangunkan negeri itu.
Siew Keong mendedahkan bahawa sepanjang pemerintahan Tan Sri Koh Tsu Koon sebagai Ketua Menteri, hanya lapan projek perumahan diluluskan, manakala sejak DAP mengambil alih pada 2008, sebanyak 39 projek diluluskan.
Ini ialah lebih daripada empat kali ganda daripada apa yang telah diluluskan oleh pimpinan sebelumnya. Sudah-sudahlah menuding jari. Kamu sebagai kerajaan kena bertanggungjawab,” katanya.
Ahli Parlimen Teluk Intan itu merujuk kepada insiden tanah runtuh dan banjir terburuk yang berlaku di negeri itu pada 4 dan 5 Nov lalu.
Siew Keong turut mendakwa Pulau Pinang yang dulu mutiaranya bersinar, kini semakin malap dan berjanji untuk mengembalikan sinarnya jika Gerakan mengambil alih tampuk negeri itu selepas PRU-14.
“Pulau Mutiara kini sedang menangis.
“Kita akan pastikan Gerakan akan kembali ke DUN Pulau Pinang, dan negeri itu akan pasti bersinar kembali,” katanya.
DIsadur dari : https://www.bnbbc.my/p-pinang-sedang-menangis-kata-presiden-gerakan/