20 SEPT: Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Tan Sri Noh Omar membidas sikap kerajaan negeri diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang masih enggan untuk melaksanakan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysja (SPRM).

“Itulah sifat kebongkakan dan keegoaan mereka seakan menidakkan peranan SPRM.

“Dan saya nampak mereka nak tunjuk hero kepada rakyat Selangor kononnya boleh menangani gejala rasuah dengan cara mereka sendiri,” kata Noh.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian selepas merasmikan Bulan Kebajikan Negara peringkat Selangor, di Shah Alam, pada Rabu.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri, Mohammad Hanafi Maulud.

Pada 16 Ogos lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad melahirkan kekecewaan selepas kerajaan Selangor enggan menandatangani IBR.

Azmin dilaporkan mendakwa inisiatif kerajaan ne­geri untuk memerangi rasuah adalah jauh lebih efektif berbanding apa yang digerakkan SPRM.

Pada masa sama, Noh menyifatkan ego kerajaan pimpinan Azmin terlalu tinggi apabila mendakwa mereka berjaya mentadbir dengan telus dan berintegriti.

“Mereka kata dah amalkan konsep amalan anti rasuah yang baik dalam pentadbiran, tetapi saya  dimaklumkan ada banyak isu yang yang berunsur rasuah seperti di UNISEL.

“Malah pimpinan PKR  seperti Rafizi dan Chegubard pernah membuat laporan mengenai gejala rasuah di negeri itu,” tegas Noh yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor.

Disadur dari : https://www.bnbbc.my/noh-kerajaan-selangor-tak-iktiraf-sprm-bila-tolak-ibr/

By admin_dato

Yang Berbahagia Professor Dato’ Seri Dr. Alex Ong adalah seorang Ahli Koperat (Perniagaan) yang berjaya khususnya dalam bidang pelaburan. Beliau juga merupakan seorang pejuang budaya yang dikenali ramai dan seorang ahli perniagaan yang dihormati serta pernah dilantik memegang beberapa jawatan sebagai penasihat dalam Kerajaan Negeri di Malaysia. Dengan kepakaran yang ada pada beliau, maka beberapa Pemerintah Provinsi, Kabupaten dan Kota di Indonesia [1] telah melantik beliau sebagai Ketua Perwakilan bagi membantu dan menyokong tugas Kedutaan Besar Republik Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *