Natural Health Naturopathic Academy (NHNA) sehingga kini berjaya melahirkan lebih 3,500 pakar nutrisi di seluruh Malaysia.

Timbalan Presiden NHNA, Profesor Dato Seri Dr Alex Ong menggalakkan mana-mana institusi menyertai atau membuka peluang kepada mahasiswa atau mereka yang telah bekerja untuk merasai bagaimana suasana belajar di dalam kampus.

“Mereka akan didedahkan dengan kursus-kursus pendek profesional yang merupakan kursus untuk menambahbaik kemahiran dan juga ilmu.

“Seperti di NHNA, pelajar akan meneruskan pengajian sehingga sembilan bulan untuk mendapatkan profesional Diploma in Diet and Nutrition dengan kerjasama Cyberjaya Universiti College of Medical Science (CUCMC),” katanya pada Majlis Graduasi NHNA Kali Ke-12, di sini.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd Samad, Timbalan Presiden NHNA, Dr Rebecca Tiew dan beberapa ahli akademik lain.

Berhubung majlis yang berlangsung selama dua jam itu, Alex yang juga selaku penasihat jaringan antarabangsa CUCMC berkata, seramai lebih 350 orang dirai dalam majlis itu yang mana ada di antara merrka memperoleh sijil dan juga Sarjana Muda.

Ia sekaligus melayakkan mahasiswa dan juga siswi terlibat menjadi seorang nutrisi kesihatan.

Tamat.

Keterangan gambar:
Para graduan dirai dalam Majlis Konvokesyen NHNA Kali ke-12.

By admin_dato

Yang Berbahagia Professor Dato’ Seri Dr. Alex Ong adalah seorang Ahli Koperat (Perniagaan) yang berjaya khususnya dalam bidang pelaburan. Beliau juga merupakan seorang pejuang budaya yang dikenali ramai dan seorang ahli perniagaan yang dihormati serta pernah dilantik memegang beberapa jawatan sebagai penasihat dalam Kerajaan Negeri di Malaysia. Dengan kepakaran yang ada pada beliau, maka beberapa Pemerintah Provinsi, Kabupaten dan Kota di Indonesia [1] telah melantik beliau sebagai Ketua Perwakilan bagi membantu dan menyokong tugas Kedutaan Besar Republik Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *