Idris berkata, portal yang dibangunkan di setiap universiti awam (UA) akan menjadi platform kepada pelajar untuk mempamerkan kebolehan secara kualitatif melalui jurnal reflektif, imej, video atau multimedia.

 “Perkembangan dunia digital kini menampilkan cara baharu untuk graduan memperlihatkan kebolehan mereka dalam bentuk yang lebih mudah dicapai iaitu bentuk digital.

“Portal berkenaan bakal memberi manfaat bagi industri serta majikan kerana ciri yang dipamerkan adalah berdasarkan kebolehan pelajar,” katanya.

Yang turut hadir Naib Canselor UPM, Profesor Datin Paduka Dr.Aini Ideris dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir.Dr.Siti Hamisah Tapsir.

Katanya, buat masa ini lima buah UA menjadi perintis dalam membangunkan MyE-Portfolio dan diharap dapat diimplentasikan oleh semua mahasiswa di institut pendidikan tinggi seawal semesta pertama lagi.

Disadur dari : m.utusan.com.my/berita/wilayah/selangor/mye-portfolio-dilancar-mudahkan-mahasiswa-masuki-pekerjaan-1.543256