GEORGE TOWN: MCA Pulau Pinang sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri pimpinan DAP bagi menyelesaikan masalah banjir yang kerap melanda negeri itu demi kebajikan rakyat.

Setiausahanya Tang Heap Seng berkata mereka mempunyai kepakaran dan sedia berkongsi kepakaran itu dengan kerajaan negeri sekiranya dipelawa.

“Kami ada ramai jurutera berpengalaman dalam parti, jika diajak kami sedia memberikan pandangan kami dan menawarkan penyelesaian,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Namun katanya parti itu tidak pernah diajak menghadiri sebarang mesyuarat berhubung banjir dan tebatan banjir yang diadakan oleh kerajaan negeri.

Pada minggu lepas, negeri itu dilanda banjir sebanyak dua kali dengan kali pertama pada 15 Sept yang melibatkan kesemua lima daerah merangkumi lebih 100 kawasan susulan hujan lebat selama lima jam, sebelum berulang semula pada Khamis lepas.

Pada masa sama Tang turut menyarankan kerajaan negeri menimbang semula keputusannya untuk meneruskan pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan sebelum menyelesaikan isu banjir.

“Penduduk amat memerlukan pelan induk tebatan banjir sekarang berbanding projek-projek lain,” katanya.

Beliau juga berkata kerajaan negeri sepatutnya membelanjakan RM305 juta yang dihabiskan untuk kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk berkaitan projek terowong di dasar laut dan tiga lebuh raya tersebut bagi projek tebatan banjir.

Tang turut menyarankan kerajaan negeri menyediakan tapak kolam takungan air hujan tambahan.

Disadur dari : www.astroawani.com/berita-malaysia/mca-sedia-bekerjasama-dengan-kerajaan-p-pinang-atasi-banjir-156126

By admin_dato

Yang Berbahagia Professor Dato’ Seri Dr. Alex Ong adalah seorang Ahli Koperat (Perniagaan) yang berjaya khususnya dalam bidang pelaburan. Beliau juga merupakan seorang pejuang budaya yang dikenali ramai dan seorang ahli perniagaan yang dihormati serta pernah dilantik memegang beberapa jawatan sebagai penasihat dalam Kerajaan Negeri di Malaysia. Dengan kepakaran yang ada pada beliau, maka beberapa Pemerintah Provinsi, Kabupaten dan Kota di Indonesia [1] telah melantik beliau sebagai Ketua Perwakilan bagi membantu dan menyokong tugas Kedutaan Besar Republik Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *