PETALING JAYA: Manifesto Barisan Nasional Selangor bagi pilihan raya umum ke-14 akan memberi tumpuan antara lain kepada usaha mensejahterakan masyarakat miskin bandar.

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata ini kerana masalah miskin bandar di negeri itu kurang diberikan tumpuan oleh kerajaan negeri sekarang termasuk dalam aspek perumahan.

“Manifesto ini akan memberi pembelaan kepada masyarakat miskin bandar, saya kesian tengok rumah-rumah mereka ini sampai bumbung bocor, cat bangunan tumbuh kulat, paip bocor dan yang sering berlaku lif rosak, rumah pula di tingkat 10, jadi macam mana?

“Yang nak jaga rakyat betul-betul adalah Barisan Nasional sahaja, kita buat kerja demi rakyat,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang, di sini pada Khamis.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut mengumumkan peruntukan RM7.1 juta bagi membaik pulih empat kawasan perumahan pangsapuri kos rendah di DUN Seri Serdang.

Disadur dari : www.astroawani.com/berita-malaysia/manifesto-bn-selangor-termasuk-usaha-atasi-miskin-bandar-157076

By admin_dato

Yang Berbahagia Professor Dato’ Seri Dr. Alex Ong adalah seorang Ahli Koperat (Perniagaan) yang berjaya khususnya dalam bidang pelaburan. Beliau juga merupakan seorang pejuang budaya yang dikenali ramai dan seorang ahli perniagaan yang dihormati serta pernah dilantik memegang beberapa jawatan sebagai penasihat dalam Kerajaan Negeri di Malaysia. Dengan kepakaran yang ada pada beliau, maka beberapa Pemerintah Provinsi, Kabupaten dan Kota di Indonesia [1] telah melantik beliau sebagai Ketua Perwakilan bagi membantu dan menyokong tugas Kedutaan Besar Republik Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *