Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, peningkatan jumlah pemberi maklumat berhubung perkara itu itu suatu perkara yang positif.

“Pihak-pihak yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada SPRM.

“Langkah tersebut boleh dibuat menerusi dua cara, sama ada dengan membuat aduan terbuka ataupun secara tertutup,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Kembara Jelajah Anti Rasuah Konvoi Kejar 2017 di Ma’had As-Syatirie, Kampung Melayu Majidee di sini, sebentar tadi.

Disadur dari : m.utusan.com.my/berita/nasional/makin-ramai-pemberi-maklumat-sprm-1.528686