KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) — Kerajaan tidak menolak kemungkinan menempatkan lebih banyak klinik kesihatan di bangunan komersial seperti di lot kedai dan pusat membeli-belah bagi menyediakan kemudahan kesihatan lebih baik kepada orang ramai dalam jarak yang dekat.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata jarak yang dekat dapat memudahkan akses perubatan kepada pesakit terutamanya masyarakat yang tinggal di kawasan jauh daripada fasiliti kesihatan awam.

Katanya langkah itu juga dibuat akibat faktor keadaan semasa seperti harga tanah yang semakin tinggi dan ruang tanah untuk pembinaan bangunan baharu yang tidak mencukupi terutamanya di kawasan bandar.

“Kerajaan perlu buat keputusan atas keadaan semasa, tetapi ini bukan faktor kos semata-mata, tetapi ia juga dapat menampung pesakit yang tidak mempunyai akses perubatan di kawasan berhampiran.

“Tidak semua tempat akan diwujudkan (klinik kesihatan di kawasan komersial seperti ini. Kami akan buat keputusan berdasarkan analisa keperluan dan keadaan setempat yang berbeza mengikut kawasan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kem Nak Sihat ‘Bersama Komuniti Kekal Sihat’ di Klinik Kesihatan Kota Damansara di sini, hari ini.

Disadur dari : www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1409671

By admin_dato

Yang Berbahagia Professor Dato’ Seri Dr. Alex Ong adalah seorang Ahli Koperat (Perniagaan) yang berjaya khususnya dalam bidang pelaburan. Beliau juga merupakan seorang pejuang budaya yang dikenali ramai dan seorang ahli perniagaan yang dihormati serta pernah dilantik memegang beberapa jawatan sebagai penasihat dalam Kerajaan Negeri di Malaysia. Dengan kepakaran yang ada pada beliau, maka beberapa Pemerintah Provinsi, Kabupaten dan Kota di Indonesia [1] telah melantik beliau sebagai Ketua Perwakilan bagi membantu dan menyokong tugas Kedutaan Besar Republik Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *