ISKANDAR PUTERI, 12 Nov (Bernama) — Lebih daripada 80,000 aspirasi masyarakat berkenaan Transformasi Nasional 2050 (TN50) telah diterima oleh kerajaan sejak ia dilancarkan Januari lepas, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Kata beliau, angka itu hasil daripada penglibatan dua juta penduduk termasuk para penjawat awam dalam sesi dialog TN50.

“Kebanyakan aspirasi adalah mengenai pendidikan, kebajikan penjawat awam khususnya bagi perumahan dan integriti. Dalam soal pendidikan, ramai yang meminta agar ia diberikan secara percuma hingga ke peringkat universiti namun kalau di peringkat universiti, negara maju pun tidak buat tetapi kita akan ambil kira semua ini kerana ia ialah hasil dapatan aspirasi rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi dialog TN50 yang dihadiri kira-kira 2,700 penjawat awam di Pinewood Iskandar Malaysia Studios di sini, hari ini. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani.

Ali berkata menyentuh kebajikan penjawat awam, ramai mengutarakan kebimbangan tentang isu perumahan. Bagaimanapun, menurut beliau, kerajaan mempunyai pelbagai cara untuk mengatasinya termasuk melaksanakan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang diunjurkan sebanyak 200,000 unit menjelang 2020.

Disadur dari : www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1409689

By admin_dato

Yang Berbahagia Professor Dato’ Seri Dr. Alex Ong adalah seorang Ahli Koperat (Perniagaan) yang berjaya khususnya dalam bidang pelaburan. Beliau juga merupakan seorang pejuang budaya yang dikenali ramai dan seorang ahli perniagaan yang dihormati serta pernah dilantik memegang beberapa jawatan sebagai penasihat dalam Kerajaan Negeri di Malaysia. Dengan kepakaran yang ada pada beliau, maka beberapa Pemerintah Provinsi, Kabupaten dan Kota di Indonesia [1] telah melantik beliau sebagai Ketua Perwakilan bagi membantu dan menyokong tugas Kedutaan Besar Republik Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *