WALAUPUN ada parti lain dikalangan komponen Barisan Nasional mahu bertanding kawasan pilihan raya Parlimen Cameron Highlands pada PRU Ke-14 ia tidak dilihat sebagai yang sesuai selain MIC.
Pengundi Melayu dan Orang Asli yang kini mewakili 55 peratus daripada jumlah pengundi di kawasan Parlimen Cameron Highlands sebenarnya tidak melambangkan calon dari kaum jumlah pengundi ramai lebih layak meletakkan calon.
Pada PRU Ke-13 Palanivel A/L K. Govindasamy dari MIC memperolehi undi 10,506 dan sekali gus mengalahkan calon dari DAP Manogaran A/L Marimuthu yang memperolehi 10,044 undi.
Dengan majoriti 462 undi dalam pertandingan lima penjuru bukan satu pekara yang boleh diperkecil berikutan keseluruhan undi yang diperolehi tiga lagi calon 1,321 satu jumlah yang boleh menentukan nilai tambah kepada MIC dan DAP.
Menurut Presiden MIC, Datuk Seri Dr Subramaniam Parlimen Cameron Highlands adalah kerusi tradisi MIC sejak dahulu.
Dengan sebab itu juga ramai berpendapat MIC patut bertanding mempertahankan kemenangan yang diperolehi pada PRU13 dan parti komponen Barisan Nasional lain patut memberi laluan mudah.
Walaupun ada pihak dari komponen Barisan Nasional mendakwa Cameron Highlands bukan merupakan kerusi selamat.Apakah dengan cara menolak parti yang telah menang dikawasan itu akan lebih selamat?,sedangkan mereka yang bersungguh-sungguh hendak bertanding dikawasan itu kalah pada PRU13.
Datuk Seri Dr Subramaniam pasti tahu siapa calon dari MIC yang layak bertanding dikawasan itu bagi menyekat kemenangan berpihak kepada Pakatan Harapan.
Disadur dari : www.tv14.my/2017/09/20/kerusi-cameron-highlands-lebih-sesuai-untuk-mic-bertanding/