20 SEPT: Kertas siasatan berhubung kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah berada di peringkat akhir dan dijangka diserah kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya, esok.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata siasatan bermula sejak hari kejadian sebelum pegawai penyiasat mengesan wujudnya unsur jenayah.

“Siasatan masih dijalankan selepas susulan penahanan suspek merangkumi usaha mengumpulkan lebih banyak bukti.

“Setiap siasatan diteliti manakala keterangan suspek turut diambil kira untuk pengesahan,” katanya hari ini.

Semalam, pasukan forensik polis dilaporkan kembali ke lokasi kejadian dengan menggunakan beberapa unit dron.

Dalam kejadian pagi Khamis lalu, 23 pelajar termasuk dua guru pusat tahfiz berkenaan terkorban selepas terperangkap di tingkat dua banglo berkenaan yang menempatkan asrama pelajar.

Susulan kejadian, polis menahan tujuh remaja pada Jumaat lalu di sekitar Kampung Datuk Keramat.

Disadur dari : https://www.bnbbc.my/kertas-siasatan-pusat-tahfiz-terbakar-hampir-selesai/

By admin_dato

Yang Berbahagia Professor Dato’ Seri Dr. Alex Ong adalah seorang Ahli Koperat (Perniagaan) yang berjaya khususnya dalam bidang pelaburan. Beliau juga merupakan seorang pejuang budaya yang dikenali ramai dan seorang ahli perniagaan yang dihormati serta pernah dilantik memegang beberapa jawatan sebagai penasihat dalam Kerajaan Negeri di Malaysia. Dengan kepakaran yang ada pada beliau, maka beberapa Pemerintah Provinsi, Kabupaten dan Kota di Indonesia [1] telah melantik beliau sebagai Ketua Perwakilan bagi membantu dan menyokong tugas Kedutaan Besar Republik Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *