KUALA LUMPUR: Penerimaan masuk Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib ke dalam UMNO semula merupakan strategi parti itu untuk merampas semula undi dari parti pembangkang.

Demikian pandangan Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamurugan Pandian, yang menyifatkan langkah itu sebagai usaha yang cuba dilakukan oleh Barisan Nasional dan UMNO untuk memberi nilai tambah kepada kedudukan serta persaingan parti itu di Selangor.

“Apabila beliau keluar dari UMNO, barangkali itu merupakan usaha untuk mengkaji pemikiran pengundi Melayu yang pernah bersama dengan Pas, PKR dan UMNO dan juga bagaimana beliau boleh melahirkan keyakinan ke arah itu,” katanya kepada Astro AWANI.

Beliau juga tidak menafikan bahawa kehilangan Muhammad atau ‘Mat Taib’ akan memberi impak kepada Pakatan Harapan kerana beliau pernah bersama dua parti besar di Selangor.

“Apatah lagi pada tahun 2013, analisis menunjukkan bahawa kemasukkan beliau dalam Pakatan Harapan membolehkan Pas mengunakan kehadiran beliau untuk mempengarahui pengundi Melayu yang melakukan undi protes terhadap UMNO.

“Itu juga cabaran Muhammad  bagaimana beliau boleh kembalikan sokongan yang hilang dari UMNO,” katanya.

Tambahnya, Pakatan Harapan juga mempunyai cabaran bagi mencari pengganti Mat Taib yang mempunyai peranan yang penting untuk kedudukan dalam Selangor.

Disadur dari : www.astroawani.com/berita-politik/kemasukan-semula-mat-taib-strategi-umno-rampas-balik-undi-dr-sivamurugan-155566

By admin_dato

Yang Berbahagia Professor Dato’ Seri Dr. Alex Ong adalah seorang Ahli Koperat (Perniagaan) yang berjaya khususnya dalam bidang pelaburan. Beliau juga merupakan seorang pejuang budaya yang dikenali ramai dan seorang ahli perniagaan yang dihormati serta pernah dilantik memegang beberapa jawatan sebagai penasihat dalam Kerajaan Negeri di Malaysia. Dengan kepakaran yang ada pada beliau, maka beberapa Pemerintah Provinsi, Kabupaten dan Kota di Indonesia [1] telah melantik beliau sebagai Ketua Perwakilan bagi membantu dan menyokong tugas Kedutaan Besar Republik Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *