25 SEPT: Walaupun diperlekah, Tan Sri Abu Hassan Omar yakin peranan beliau dan dua lagi bekas menteri besar akan membantu Barisan Nasional (BN) merampas kembali negeri itu daripada Pakatan Harapan dalam pilihanraya umum.

Menurut Yang Di-Pertua Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Selangor itu, setiap bekas menteri besar mempunyai pengaruhnya sendiri sama ada di kawasan bandar atau luar bandar.

“Jadi sedikit sebanyak sudah pasti akan dapat membantu dari segi mendekati rakyat dan gunakan pengalaman demi kepentingan BN dan Umno Selangor,” lapor Antarapos, Isnin.

Sebelum ini, Pengerusi BN negeri, Tan Sri Noh Omar dilaporkan berkata kemasukan semula Tan Sri Muhammad Muhd Taib dalam UMNO serta gandingan Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dr Mohd Khir Toyo akan digerakkan sebagai sebahagian daripada jentera parti bagi menumbangkan kerajaan negeri diterajui PKR.

Bagaimanapun trio berkenaan dikatakan dipandang sinis oleh pemimpin politik terutama penyandang Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang mendakwa ianya tidak akan membuahkan hasil.

Mat Taib bergelar menteri besar dari 1986 hingga 1997, manakala Abu Hassan (1997 hingga 2000) dan Dr Khir  adalah ketua negeri terakhir dari BN sebelum Selangor jatuh ke tangan pembangkang.

Disadur dari : https://www.bnbbc.my/jangan-pandang-sinis-trio-kami-kata-abu-hassan/

By admin_dato

Yang Berbahagia Professor Dato’ Seri Dr. Alex Ong adalah seorang Ahli Koperat (Perniagaan) yang berjaya khususnya dalam bidang pelaburan. Beliau juga merupakan seorang pejuang budaya yang dikenali ramai dan seorang ahli perniagaan yang dihormati serta pernah dilantik memegang beberapa jawatan sebagai penasihat dalam Kerajaan Negeri di Malaysia. Dengan kepakaran yang ada pada beliau, maka beberapa Pemerintah Provinsi, Kabupaten dan Kota di Indonesia [1] telah melantik beliau sebagai Ketua Perwakilan bagi membantu dan menyokong tugas Kedutaan Besar Republik Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *