7 OKT: Rakyat Malaysia diingatkan untuk tidak menganjurkan program yang boleh menganggu gugat keharmonian dan perpaduan antara kaum di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegaskan bahawa perpaduan yang dinikmati rakyat negara pada hari ini perlu dijaga daripada dimusnahkan oleh unsur yang boleh memecahbelahkan.

“Malaysia ini masyarakatnya majmuk, jadi kena jaga untuk tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan perpaduan antara kaum.

“Kenalah berhati-hati jika nak buat sesuatu majlis, jangan sampai mengganggu gugat kehidupan aman, harmoni dan muhibbah yang kita ada sekarang,” katanya selepas menghadiri Festival Better Teh Tarik 2017 anjuran UMNO Bahagian Batu, di Kuala Lumpur, malam tadi.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata demikian ketika diminta mengulas isu penganjuran pesta arak serta terbaharu tindakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos memecahkan botol bir di Shah Alam.

Katanya, setiap masyarakat harus memainkan peranan untuk tidak mencetuskan perasaan kurang selesa atau prejudis antara kaum di negara ini.

“Jangan sampai ada kaum yang terguris dan hilang hormat terhadap kaum lain. Jadi kenapa nak juga buat pesta arak tu.

“Kalau kita nak suruh orang hormat pada kita, janganlah kita buat perkara yang menyentuh sensitiviti orang lain, kita kena hormat juga,” tegas Tajuddin.

Sementara itu, program yang diusahakan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu itu  dihadiri kira-kira 500 orang orang yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.

Selain boleh menikmati pelbagai jenis minuman berasaskan teh, pengunjung juga dihiburkan oleh nyanyian daripada artis tempatan yang memeriahkan majlis berkenaan.

Disadur dari : https://www.bnbbc.my/jangan-anjur-program-gugat-perpaduan-kaum-mt-umno/

By admin_dato

Yang Berbahagia Professor Dato’ Seri Dr. Alex Ong adalah seorang Ahli Koperat (Perniagaan) yang berjaya khususnya dalam bidang pelaburan. Beliau juga merupakan seorang pejuang budaya yang dikenali ramai dan seorang ahli perniagaan yang dihormati serta pernah dilantik memegang beberapa jawatan sebagai penasihat dalam Kerajaan Negeri di Malaysia. Dengan kepakaran yang ada pada beliau, maka beberapa Pemerintah Provinsi, Kabupaten dan Kota di Indonesia [1] telah melantik beliau sebagai Ketua Perwakilan bagi membantu dan menyokong tugas Kedutaan Besar Republik Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *