22 SEPT: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau keselamatan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di seluruh negara.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata ianya adala susulan kamera yang baharu dipasang di Tangkak, Johor awal bulan lalu dirosakkan serta komponennya turut dicuri.

“Kita minta orang ramai tidak merosakkan harta benda atau kemudahan disediakan, apatah lagi setiap peraturan yang diperkenalkan kerajaan adalah untuk manfaat masyarakat.

“Oleh itu, JPJ akan bekerjasama dengan PDRM bagi memantau kesemua kamera AES supaya tindakan khianat sebegini tidak akan berulang, ” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen MCA Johor yang ke-40 di Bangunan Persatuan Che An Khor, Yong Peng, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong yang juga Pengerusi MCA Johor.

Disadur dari : https://www.bnbbc.my/jaga-keselamatan-aes-jpj-polis-kerjasama/

By admin_dato

Yang Berbahagia Professor Dato’ Seri Dr. Alex Ong adalah seorang Ahli Koperat (Perniagaan) yang berjaya khususnya dalam bidang pelaburan. Beliau juga merupakan seorang pejuang budaya yang dikenali ramai dan seorang ahli perniagaan yang dihormati serta pernah dilantik memegang beberapa jawatan sebagai penasihat dalam Kerajaan Negeri di Malaysia. Dengan kepakaran yang ada pada beliau, maka beberapa Pemerintah Provinsi, Kabupaten dan Kota di Indonesia [1] telah melantik beliau sebagai Ketua Perwakilan bagi membantu dan menyokong tugas Kedutaan Besar Republik Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *