‪BEIJING: Isu keselamatan bersama Malaysia-China, khususnya mempertingkatkan usaha memerangi jenayah rentas sempadan menjadi tumpuan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid sempena lawatan kerja tiga hari, bermula hari ini.‬

Kehadiran Timbalan Perdana Menteri yang dijangka tiba di Beijing, malam ini adalah atas jemputan rasmi Menteri Keselamatan Awam China, Gua Shengkun.‬

DUTA Besar Malaysia ke China, Datuk Zainuddin Yahya pada sidang media bersama media Malaysia di Beijing. – Foto BERNAMA

Bercakap pada sidang media kepada wartawan Malaysia, di sini, sebentar tadi, Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Zainuddin Yahya, berkata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri akan mewakili negara menyertai Perhimpunan Agung INTERPOL Ke-86 yang bertemakan “Connecting Police for a Safer World.”‬

‪”Kehadiran Timbalan Perdana Menteri dan delegasi Malaysia ke perhimpunan ini adalah manifestasi sokongan dan komitmen Malaysia ke atas peranan INTERPOL dalam menangani semua bentuk jenayah antarabangsa.‬

‪”Ia selaras dengan tumpuan untuk mewujudkan dunia yang lebih selamat menerusi kerjasama polis sedunia di abad ke-21,” katanya.‬

‪Zainuddin berkata, antara isu penting dibincangkan dalam perhimpunan agung itu ialah usaha pencegahan keganasan, membendung jenayah terancang dan jenayah siber.‬

‬Ia penyertaan kali kedua Ahmad Zahid pada perhimpunan agung INTERPOL selepas kali pertama di Monaco pada 2014.

‪Perhimpunan kali ini dijadual dirasmikan Presiden China, Xi Jinping di Pusat Konvensyen Nasional China (CNCC), pagi esok.‬

‪Zainudin berkata, selepas menghadiri pembukaan rasmi, Ahmad Zahid akan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Politik dan Hal Ehwal Undang-Undang Parti Komunis China, Meng Jianzhu, disusuli perbincangan dengan rakan sejawatannya, Shengkun pada sebelah petang.‬

‪”Semasa pertemuan dengan pemimpin-pemimpin republik ini, Timbalan Perdana Menteri berpeluang bertukar-tukar pandangan mengenai amalan terbaik dalam memerangi jenayah keganasan rentas sempadan, jenayah siber, imigresen, radikalisasi serta isu jenayah membabitkan kepentingan bersama Malaysia-China,” katanya.‬

‪Pada sebelah malam, Ahmad Zahid akan menghadiri Mesyuarat Bersama dengan Jianzhu dan Presiden INTERPOL, Meng Hongwei.‬

‪Turut menyertai Mesyuarat Bersama ialah Timbalan Perdana Menteri Belgium yang juga Menteri Dalam Negeri, Jan Jambon; Badan Penyiasatan Persekutuan Russia, Alexander Bastrykin dan Timbalan Peguam Negara Amerika Syarikat, Rod J Rosenstein.‬

‪”Timbalan Perdana Menteri juga akan diberi penghormatan sebagai ketua delegasi pertama untuk membuat ucapan balas pada sesi berkenaan,” katanya.

DUTA Besar Malaysia ke China, Datuk Zainuddin Yahya (dua dari kiri) pada sidang media bersama media Malaysia di Beijing mengenai lawatan kerja tiga hari Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – Foto BERNAMA

By admin_dato

Yang Berbahagia Professor Dato’ Seri Dr. Alex Ong adalah seorang Ahli Koperat (Perniagaan) yang berjaya khususnya dalam bidang pelaburan. Beliau juga merupakan seorang pejuang budaya yang dikenali ramai dan seorang ahli perniagaan yang dihormati serta pernah dilantik memegang beberapa jawatan sebagai penasihat dalam Kerajaan Negeri di Malaysia. Dengan kepakaran yang ada pada beliau, maka beberapa Pemerintah Provinsi, Kabupaten dan Kota di Indonesia [1] telah melantik beliau sebagai Ketua Perwakilan bagi membantu dan menyokong tugas Kedutaan Besar Republik Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *