KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia yang mengukur kadar inflasi, meningkat 3.7 peratus kepada 119.9 pada Ogos 2017, daripada 115.6 pada bulan yang sama 2016, demikian menurut Jabatan Perangkaan.

Dalam kenyataan hari ini, jabatan itu berkata, antara kumpulan utama yang mencatatkan peningkatan adalah indeks makanan dan minuman bukan alkohol (+4.3 peratus); restoran dan hotel (+2.8 peratus); kesihatan (+2.7 peratus); hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (+2.7 peratus) serta perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (+2.4 peratus).

Sementara itu, indeks kumpulan pengangkutan menunjukkan peningkatan ketara iaitu 11.7 peratus pada asas tahun ke tahun bagi Ogos 2017, selepas naik 7.7 peratus pada Julai 2017.

Harga purata satu liter petrol RON95 ialah RM2.12 pada Ogos 2017 iaitu lebih tinggi berbanding RM1.75 pada Ogos 2016.

Bagi petrol RON97, harga purata ialah RM2.39 pada Ogos 2017 berbanding RM2.10 pada Ogos 2016.

Kelas perbelanjaan bahan api dan pelincir untuk pengangkutan persendirian menyumbang 7.8 peratus kepada wajaran IHP.

Enam negeri mencatatkan kenaikan lebih tinggi bagi indeks kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol iaitu melebihi paras indeks nasional bagi Ogos 2017 berbanding bulan yang sama 2016.

Indeks bagi kumpulan itu naik 5.0 peratus di Johor; 4.9 peratus di Melaka; 4.8 peratus di Pulau Pinang; 4.8 peratus di Sabah dan Labuan; 4.8 peratus di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 4.5 peratus di Kedah dan Perlis.

Berdasarkan terma pelarasan musim, IHP bagi Ogos 2017 naik 0.9 peratus berbanding Julai 2017 manakala inflasi teras naik 2.4 peratus bagi Ogos 2017 berbanding tempoh yang sama 2016.

Antara kumpulan utama yang bertindak sebagai pendorong kepada peningkatan kadar inflasi teras adalah kenaikan harga bagi kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol (+4.3 peratus); pengangkutan (+2.1 peratus); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (+2.9 peratus); restoran dan hotel (+2.8 peratus); kesihatan (+2.7 peratus) serta hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (+2.7 peratus).

Disadur dari : https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2017/09/327998/ihp-naik-37-peratus-pada-ogos

By admin_dato

Yang Berbahagia Professor Dato’ Seri Dr. Alex Ong adalah seorang Ahli Koperat (Perniagaan) yang berjaya khususnya dalam bidang pelaburan. Beliau juga merupakan seorang pejuang budaya yang dikenali ramai dan seorang ahli perniagaan yang dihormati serta pernah dilantik memegang beberapa jawatan sebagai penasihat dalam Kerajaan Negeri di Malaysia. Dengan kepakaran yang ada pada beliau, maka beberapa Pemerintah Provinsi, Kabupaten dan Kota di Indonesia [1] telah melantik beliau sebagai Ketua Perwakilan bagi membantu dan menyokong tugas Kedutaan Besar Republik Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *