Beliau berkata, video oleh penyanyi Korea Selatan, Psy yang berjaya mencatat rekod sebagai video pertama melebihi satu bilion tontonan di YouTube mencerminkan pengiktirafan industri muzik di peringkat global.
Katanya, fenomena ‘Korean Wave’ atau lebih dikenali sebagai ‘Hallyu’ adalah satu daripada contoh segmen baharu yang memberi sumbangan kepada ekonomi Korea Selatan.
“Sehingga kini, eksport kandungan budaya Korea Selatan meliputi filem dan muzik dianggarkan bernilai AS$83.2 bilion (RM348.6 bilion).
“DFI seharusnya memainkan peranan lebih penting untuk merangsang aktiviti ekonomi meliputi pelbagai segmen yang berpotensi,” katanya ketika berucap merasmikan Simposium Global DFI di sini hari ini.
Disadur dari : www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/gabenor-bnm-puji-sumbangan-8216-korean-wave-8217-1.528274