Wisma Putra menerusi kedutaan Malaysia di Mexico City memberitahu mereka akan terus memantau keadaan di sana.
Kedutaan Malaysia di Mexico City boleh dihubungi di talian +525552824656 atau email mwmexico.kln@1govuc.gov.my.
Gempa bumi bermagnitud 7.1 melanda tengah Mexico pada jam 1.49 tengah hari waktu tempatan (3 pagi waktu Malaysia).
Jumlah kematian kini dilaporkan meningkat melebihi 240 orang.
Datuk Bandar Mexico City, Miguel Angel Mancera berkata 44 bangunan di bandar itu musnah teruk.
