Kenyataan Media Profesor Dato’ Sri Dr. Alex Ong Presiden Dewan Perniagaan Malaysia Global (MGCC) 13 November 2019

Kuala Lumpur, 13 November 2019: Presiden Dewan Perniagaan Malaysia Global, Profesor Dato’ Sri Dr. Alex Ong menyokong penuh tindakan Duta Laos ke Malaysia, Houmdaophone Soukhaseum untuk mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk meninjau dan merebut peluang dalam pelbagai sektor ekonomi negara tersebut.

Profesor Dato’ Sri Dr. Alex Ong berkata, kami amat menyokong tindakan untuk mengalu-alukan rakyat negara kita untuk meninjau atau merebut peluang dalam pelbagau sektor eknomi negara tersebut kerana dengan ini, para usahawan mampu melebarkan lagi perniagaan di Negara Laos.

Dengan mengembangkan lagi ekonomi di negara mereka, kita mampu merapatkan lagi jurang ekonomi negara kita dengan negara Laos. Tindakan ini mampu membantu pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara.

Sebelum ini, pihak Laos telah mewujudkan jalinan perniagaan dalam sektor kelapa sawit pada tahun lepas. Di Laos mereka mempunyai industri pengolahan kayu kerana kawasan hutan di Laos cukup luas dan lebat.

Dengan itu, kita boleh menjalankan hubungan dalam industri pengolahan kayu, dengan ini kita mampu menyelamatkan lagi sedikit sebanyak hutan simpan Negara kita yang semakin menipis ini.

Selain itu, kita juga boleh menjalankan hubungan dua hala dalam industri pertanian kerana pertanian merupakan 41% pendapatan utama negara Laos. Kita boleh berkerjasama mengexport atau mengimport produk-produk pertanian negara kita.

Alex Ong sempat meninjau sewaktu kunjungan beliau ke Negara Laos dalam sektor pekebunan khususnya tanaman industri gaharu yang mampu memberi keuntungan jangka panjang kepada para pengusaha. Tambahnya.
Disediakan oleh

Nor Shafikah Binti Mohaidin 017-9991522 Pegawai Media kepada Profesor Dato’ Sri Dr. Alex Ong

[embeddoc url=”https://datoalexong.com/wp-content/uploads/2019/11/Dewan-Perniagaan-Malaysia-Global-MGCC-.pdf” download=”all”]

By admin_dato

Yang Berbahagia Professor Dato’ Seri Dr. Alex Ong adalah seorang Ahli Koperat (Perniagaan) yang berjaya khususnya dalam bidang pelaburan. Beliau juga merupakan seorang pejuang budaya yang dikenali ramai dan seorang ahli perniagaan yang dihormati serta pernah dilantik memegang beberapa jawatan sebagai penasihat dalam Kerajaan Negeri di Malaysia. Dengan kepakaran yang ada pada beliau, maka beberapa Pemerintah Provinsi, Kabupaten dan Kota di Indonesia [1] telah melantik beliau sebagai Ketua Perwakilan bagi membantu dan menyokong tugas Kedutaan Besar Republik Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *