Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, harga barangan itu berkuatkuasa di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2017 yang akan bermula dari 13 hingga 22 Oktober.
“Antara barangan yang berada di bawah skim ini ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging kambing tempatan bertulang, kacang dal dan ubi kentang,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan sesi lawatan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2017 di Pasaraya AEON Big Jalan Kapar, di sini hari ini.
Disadur dari : m.utusan.com.my/berita/nasional/deepavali-kpdnkk-senarai-16-barangan-harga-terkawal-1.534327