Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, DAP bertindak keterlaluan disebabkan hanya ingin menunjukkan bahawa mereka memperjuangkan hak orang bukan Islam terutamanya kaum Cina.
“Ada asas yang kuat mengapa DBKL tidak membenarkan program ini diadakan iaitu untuk menjaga keharmonian semua pihak.
“Tetapi pimpinan DAP menyerang DBKL dengan biadap disebabkan isu pembatalan program ini hanya untuk menunjukkan mereka menjaga kepentingan orang bukan Islam,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Disadur dari : m.utusan.com.my/berita/politik/dap-jangan-bersikap-biadab-1.528340