Bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Kewangan, Datuk Othman Jusoh, 69, berkata, penjualan saham itu dicadang dijalankan secara ‘senyap-senyap’ menerusi sebuah syarikat sekuriti.

Menurut beliau, perkara itu ditimbulkan dalam satu mesyuarat yang diadakan di antara BNM, Perbendaharaan dan Jabatan Audit Negara bagi membincangkan kerugian yang ditanggung oleh bank pusat itu.

Othman merupakan individu pertama yang memberi keterangan hari ini dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing oleh BNM sekitar tahun 1990-an di Istana Kehakiman di sini.

Disadur diri : http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bnm-disyorkan-jual-lot-saham-tnb-1.527814