KUALA LUMPUR: Tawaran kursus di Institut Pengajian Tinggi (IPT) perlu selari dengan keperluan tenaga kerja di pasaran bagi memastikan graduan mendapat kerja mengikut bidang kebolehan mereka.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata perkara itu perlu diambil kira dalam usaha melahirkan tenaga kerja mahir yang melangkaui semua bidang tidak kira ekonomi, sains, pertanian atau perladangan.

“Contohnya, kita mungkin tidak perlu untuk semua orang menjadi nelayan, petani atau mekanik. Tapi kalau kita mampu melahirkan petani yang mempunyai pendidikan tinggi, impak dia besar kepada ekonomi (dan peluang kerjaya).

“Sebab itu sistem pendidikan tinggi kita mesti diperhalusi supaya bidang pengajian yang ada di universiti perlu memenuhi kriteria dan selari dengan peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Pameran Pendidikan Tinggi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung Persatuan Universiti Arab (AArU) Jordan, Prof Dr Sultan T Abu Orabi; Pengarah Urusan Pertubuhan Pendidikan Islam, Saintifik dan Budaya (ISESCO), Dr Abdulaziz Othman Altwaijri serta Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perniagaan Antarabangsa OIC yang juga Pengerusi Muslim World BIZ Ke-8, Muhammad Raja Talib Raja Mohamad Abdullah.

Dalam pada itu, Adnan berkata, kualiti kurikulum termasuk pendidikan agama mesti diperhalusi semula dengan memberi penekanan lebih kepada aspek membentuk sahsiah diri berkualiti serta memiliki nilai sivik tinggi.

“Contoh dalam insiden (kebakaran) di pusat tahfiz baru-baru ini, ia membangkitkan persoalan mengenai bagaimana sistem pendidikan kita berperanan. Apakah pelajar kita sekarang mempunyai sikap (sivik) tinggi untuk menghormati guru atau orang yang lebih dewasa, seperti mana diajar orang-orang tua kita dulu.

“Saya akan bawa perkara ini untuk dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO akan datang supaya ia diperhalusi di peringkat kerajaan,” katanya.

Menyentuh mengenai penganjuran persidangan itu, Adnan berkata, ia penting bagi membolehkan kerangka pendidikan tinggi di dunia Islam atau OIC dapat disatukan.

Beliau berkata, kerjasama dijalin bukan saja meliputi program pertukaran pelajar dan pensyarah saja, namun lebih luas lagi termasuk berkaitan perkongsian teknologi dan kemajuan serta hasil kajian.

“Persidangan ini menjadi platform bagaimana universiti di dunia Islam boleh bersatu dan bekerjasama. Di sinilah tempatnya mereka berkongsi idea dan kepakaran bagaimana jalinan kerjasama akademik itu dapat dirangka, yang akhirnya akan memberi manfaat bukan saja kepada universiti, malah negara itu,” katanya.

Disadur dari : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/09/327996/bidang-kursus-di-ipt-perlu-selari-peluang-kerjaya

By admin_dato

Yang Berbahagia Professor Dato’ Seri Dr. Alex Ong adalah seorang Ahli Koperat (Perniagaan) yang berjaya khususnya dalam bidang pelaburan. Beliau juga merupakan seorang pejuang budaya yang dikenali ramai dan seorang ahli perniagaan yang dihormati serta pernah dilantik memegang beberapa jawatan sebagai penasihat dalam Kerajaan Negeri di Malaysia. Dengan kepakaran yang ada pada beliau, maka beberapa Pemerintah Provinsi, Kabupaten dan Kota di Indonesia [1] telah melantik beliau sebagai Ketua Perwakilan bagi membantu dan menyokong tugas Kedutaan Besar Republik Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *