Dialog yang pertama kali diadakan membabitkan kaum berkenaan dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin manakala moderatornya ialah Pengerusi Majlis Belia Persatuan Kebudayaan Kadazanduzun (KDCA), Mandela Malakun.
Beliau berkata, dialog berkenaan juga adalah bukti kerajaan sentiasa mendengar aspirasi rakyat Sabah dan memastikan tidak ada satu kaum pun yang ketinggalan termasuklah Kadazandusun.
“Kita tidak mahu Sabah ketinggalan dalam aspek pembangunan, sebaliknya negeri ini mesti maju bersama negeri-negeri lain dalam usaha kita mencapai TN50 nanti.
“Saya hadir ke sini untuk mendengar sendiri aspirasi belia Kadazandusun yang akan dimasukkan dalam laporan TN50 kementerian bagi kita merancang dan berusaha merealisasikannya,” jelas beliau.
Sementara itu, Mandela yang merupakan pemimpin belia di daerah Penampang berkata, kehadiran Khairy amat ditunggu-tunggu oleh belia di situ untuk menyampaikan aspirasi mereka secara terus-terang kepada pemimpin kerajaan.
“Akhirnya kita berjaya membawa menteri datang sini. Ini kali pertama dialog TN50 dianjurkan khusus untuk kaum Kadazandusun yang merupakan kaum pribumi di Malaysia.
“Saya harap aspirasi kita ini mendapat tumpuan kerajaan kerana kita mahu Sabah turut membangun dan maju pada masa depan,” katanya.
Sepanjang dialog berkenaan, antara perkara-perkara yang dibangkitkan adalah peluang pekerjaan, pembangunan di kawasan pedalaman, mutu sukan negeri dan pembinaan hospital baharu serta pemuliharaan bahasa etnik Kadazandusun. – UTUSAN ONLINE
Disadur dari : m.utusan.com.my/berita/nasional/belia-kadazandusun-suarakan-aspirasi-tn50-1.550655