Pengerusinya, Datuk Patrick Ooi berkata, pihaknya sedang mengumpulkan maklumat daripada penduduk yang terjejas termasuk laporan polis yang telah dibuat.

“Kita akan serahkan laporan tersebut kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat dan jika tidak ada tindakan juga, kita akan ambil tindakan undang-undang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas kejadian banjir yang berlaku di hampir 100 kawasan di negeri ini selepas hujan berterusan selama lebih empat jam pada 15 dan 21 September lalu.

Menurut Patrick, kerajaan negeri didakwa tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan berkesan dalam menangani bencana alam itu meskipun peruntukan yang banyak telah disalurkan.

Disadur dari : www.utusan.com.my/berita/politik/banjir-pfp-pertimbang-tindakan-undang-undang-1.529858