Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, jangkaan peningkatan hujan tersebut memberi petanda awal bahawa banjir boleh berlaku.

“Sehubungan itu, pihak berkaitan seperti kerajaan negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan lain-lain diminta bersedia mengambil tindakan apabila berlaku banjir di mana-mana kawasan.

“Persediaan awal perlu dibuat dari sekarang yang mana kita lihat telah berlaku banjir di beberapa kawasan di Semenanjung sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas menyampaikan geran projek kecil luar bandar (MRP) Parlimen Santubong di sini hari ini.

Seramai 71 pertubuhan dan persatuan menerima peruntukan berjumlah RM247,920 bagi menjalankan aktiviti dan program berkaitan.

Disadur dari : m.utusan.com.my/berita/nasional/banjir-berkemungkinan-berlaku-wan-junaidi-1.534972