7 OKT: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk menghalang tiga buah rumah dan dua buah kedai berhampiran Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Subang dirobohkan kerana terletak di atas tanah milik kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tan Sri Noh Omar yang membidas beliau sebagai Menteri Besar zalim kerana gagal menghentikan Majlis Bandaraya Shah Alam dan Pejabat Tanah dan Daerah Petaling merobohkan dua rumah bekas ahli jawatankuasa masjid itu pada Rabu lalu.

Noh dilaporkan berkata sebagai ketua negeri, Azmin mempunyai kuasa untuk menghentikan tindakan tersebut dengan membuat satu panggilan sahaja.

Namun respon Azmin hari ini amat mengecewakan apabila mempersalahkan KPKT untuk menutup kelemahan beliau.

“Suruh dia patuh undang-undang. Tanah tu tanah Kerajaan Persekutuan. Patutnya dia lah yang buat panggilan itu,” dakwa Timbalan Presiden PKR itu, di Puchong, pada Sabtu.

Sementara itu EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Kerajaan negeri, Datuk Ir Iskandar Abdul Samad menjelaskan bahawa beberapa perbincangan sudah di buat dengan mangsa yang terbabit.

“Bukan kita roboh dulu baru nak bagi rumah, ada perbincangan sebelum ini, mereka sudah pun diberi rumah lain di Kota Damansara,” katanya dalam majlis yang sama.

Disadur dari : https://www.bnbbc.my/azmin-tuding-jari-lagi-dakwa-tanah-milik-persekutuan/

By admin_dato

Yang Berbahagia Professor Dato’ Seri Dr. Alex Ong adalah seorang Ahli Koperat (Perniagaan) yang berjaya khususnya dalam bidang pelaburan. Beliau juga merupakan seorang pejuang budaya yang dikenali ramai dan seorang ahli perniagaan yang dihormati serta pernah dilantik memegang beberapa jawatan sebagai penasihat dalam Kerajaan Negeri di Malaysia. Dengan kepakaran yang ada pada beliau, maka beberapa Pemerintah Provinsi, Kabupaten dan Kota di Indonesia [1] telah melantik beliau sebagai Ketua Perwakilan bagi membantu dan menyokong tugas Kedutaan Besar Republik Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *