Pada 2 hari bulan Disember 2017 kemarin, telah diadakan The ASEAN IN Award 2017 di Berjaya Time Square Hotel, Kuala Lumpur. Acara ini dihadiri oleh beberapa tetamu kehormatan, diantaranya, Dato’ seri Haji Ahmad Bhari bin Abd Rahman selaku Penasihat kehormat Malaysia Global Chamber of Commerce (MGCC), YB Senator Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Somad selaku timbalan yang di-pertua dewan negara, Tan Sri Dato’ Seri Drs. Suleiman bin Mohamed selaku pengerusi kelab sahabat n87 pusat, Dato’ Seri Utama Haji Abdul Rahman bin Bakar yang merupakan presiden Malindo MBCC Asia merangkap Penaung MGCC, Dato’ Seri Dr. Alex Ong selaku president MGCC, Chua Choo Hwa selaku setiausaha bahagian dasar dan perancangan strategik kementrian pembangunan wanita, keluarga, dan masyarakat mewakili yang berhormat menteri KPWKM, dan yang terakhir Evelyn Ch’ng yang merupakan rakan strategic MGCC. Kegiatan ini merupakan anjuran MGCC yang bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada perorangan yang memiliki karya. Acara berlangsung sangat baik, dan terdiri daripada pemberian sijil dan award, penampilan daripada penerima award, dan makan malam.

ada pun daftar daripada penerima award ialah:

[embeddoc url=”https://datoalexong.com/wp-content/uploads/2017/12/AiA-Title.docx” download=”none” viewer=”microsoft”]

 

By admin_dato

Yang Berbahagia Professor Dato’ Seri Dr. Alex Ong adalah seorang Ahli Koperat (Perniagaan) yang berjaya khususnya dalam bidang pelaburan. Beliau juga merupakan seorang pejuang budaya yang dikenali ramai dan seorang ahli perniagaan yang dihormati serta pernah dilantik memegang beberapa jawatan sebagai penasihat dalam Kerajaan Negeri di Malaysia. Dengan kepakaran yang ada pada beliau, maka beberapa Pemerintah Provinsi, Kabupaten dan Kota di Indonesia [1] telah melantik beliau sebagai Ketua Perwakilan bagi membantu dan menyokong tugas Kedutaan Besar Republik Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *