Kata Seoul hari ini, ikrar tersebut dibuat berikutan Korea Utara tidak mengendahkan sekatan baharu dengan menjalankan ujian peluru berpandu dan menyatakan ia mahu menandingi kekuatan nuklear AS.

Masyarakat antarabangsa ber­usaha keras membendung ke­angkuhan Korea Utara, yang mencetuskan kebimbangan dunia dengan menjalankan ujian nuklear keenam dan terbesar serta melancarkan peluru berpandu jarak jauh melepasi Jepun dan mendakwa boleh sampai ke tanah besar AS.

Dalam satu perbualan telefon hari ini, Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dan Trump mengutuk sekeras-kerasnya ujian peluru berpandu terbaharu kelmarin, hanya beberapa hari selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan sekatan baharu ke atas Pyongyang.

“Kedua-dua pemimpin itu bersetuju untuk mengenakan tekanan yang lebih praktikal dan kuat bagi menyedarkan rejim Korea Utara bahawa provokasi sete­rusnya hanya akan menyebabkan tindakan pengasingan diplomatik yang lebih kuat dan tekanan ekonomi yang membawa kepada kehancuran,” kata pejabat Pre­siden Korea Selatan dalam satu kenyataan.

Pyongyang baru-baru ini berhasrat mahu membina sistem senjata yang mampu menyebarkan nuklear ke tanah besar AS selain mahu melindungi negaranya da­ripada AS.

Pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong-un mendakwa ujian peluru berpandu Jumaat lepas adalah untuk kekuataan tempur pasukan nuklear.

Majlis Keselamatan PBB ba­gai­manapun mengutuk tindakan ter­sebut dan akan mengadakan mesyuarat peringkat menteri ber­kaitan sekatan dan penguatkuasaan terhadap rejim Jong-un pada Khamis hadapan di New York, AS. – AFP

Disadur dari : m.utusan.com.my/berita/luar-negara/as-seoul-ikrar-tingkat-tekanan-ke-atas-pyongyang-1.527686#